Sunday, August 25, 2013

Remove virus shortcut dalam USB pendrive guna Command Prompt(CMD)

How to recover from shorcut virus on your pendrive?

woi bangang mende ni, virus mane lak sesuka hati nk terajang pendrive gua ni. Apahal banyak sangat shortcut ni? seingat gua, gua tak buat folder pesen shortcut ni. Mane fail penting gua! cilakak tak pasal gua  terajang kepala katil.

Tape gua ni bukan stupid sangat nak tengok virus tu lepak lame lame dalam pendrive tu. dengan idealogi yang tetibe muncul ni gua nak ajar engko orang trick untuk sepak terajang virus shortcut ni. 

Engko orang tahu pasal command prompt? kabo je la engko orang tak tahu. kahkah ok gua gurau. engko orang yang tengah baca ni confirm tahu. tekan (window logo + R) lepas tu sistem "Run" akan appear. tulis "cmd" tak pun "COMMAND"dan smackdown button "Enter". kalau button tu tercabut tu engko orang punya pasal la.

kalau tak keluar yang lebih kurang dalam gambar tu engko kene buat balik.

seterusnya, engko orang kene faham dan tahu arahan setiap simbol. kalau tak paham gak gua pun boleh give up ajar engko orang. Nak faham lebih lanjut arahan setiap lanjut engko orang boleh belek site sophos ni. sekarang gua nak lompat terus untuk command unhidekan setiap file yang virus tu dah terajang.

woi woi hold on, wadahel is that command?

sabo la kang ada yang gua baling asbestos sat gi. engko orang boleh tengok dan baca dalam hati engko orang.

keterangan

-s          : jadikan semua fail dalam target directory tu bertukar kepada bukan sebahagian dari sistem. senang citer sistem tak kenal pendrive tu apa.
-r           : settlekan masalah bagi file yang ber- attribute "read-only"
-h          : un-hide semua fail yang ada dalam target directory
w:\       : ni kene tengok kat sistem "my computer" dulu. confirmkan dulu pendrive engko orang kat partition mana.
*.*      : nak kaitkan semua fail so dorang boleh kabo satu sama lain. tak paham? ok berinteraksi sesama fail.

faham tak? tak paham engko orang boleh kabo kat ruang comment, gua reply kasi engko orang faham. what to do next? sabo la. cis

Tekan "Enter" dan tunggu selama sejam, engko orang jangan la percaya woi. ok lepas tekan "Enter" engko orang tunggu beberapa saat je. lepas tu check pendrive engko orang dan "delete" semua fail shortcut tu, semuanya.

Tips berguna dan mungkin tidak bagi yang tahu.

Engko orang kene cuba elakkan dari terus bukak pendrive secara direct. usha gambar kat bawah nak buat macam mane nanti.

contoh untuk check folder pendrive dari side explore


p/s: gua nak ucap sejuta sahaja terima kasih dari engko orang sebab nk usha dan baca. gua tahu gua punya bahasa tunggang langgang. tape gua punya pasal la. engko orang peduli ke? hahaha

No comments:

Post a Comment