Friday, September 6, 2013

INVESTMENT BERNILAI



Dimana engko orang nak MELABUR?

Hari ini gua nak kabo tentang pentingnya pelaburan. Untuk entri ini, gua share maklumat yang gua tahu berdasarkan pengetahuan tak seberapa yang gua cedok dari blog amy. Gua nak kabo ni pun sebab gua baru nak berjinak dalam hal berkaitan duit ni untuk masa depan.

Setiap pelaburan ada naik turun dia, yang paling penting engko orang kene percaya kat diri sendiri, bertanya, berani, dan paling penting engko orang kene ready mental untuk setiap pelaburan engko orang buat.

1) Labur dalam bank – ni pun kira melabur paling cincai, duit gaji engko orang guna ada balance biar jer dalam bank. Ulang setiap bulan. Akan dapat dividen, dividen bergantung kepada bank tapi dividen dia adalah sangat kurang. Tak lebih 3% jer roughly. No wonder Bank boleh offer, BLR – 2.xx untuk loan rumah. Dividen rendah, tak payah simpan kat bank laaa kahkah.

2) Labur Dalam Koperasi – macam2 koperasi ada (polis, tentera, felda, guru, telekom, pos dsb) problemnya tak semua orang boleh selamba masuk, contohnya hanya polis boleh masuk koperasi polis. 


Setahu gua koperasi yang bagi return tinggi ialah koperasi felda dan off course koperasi bank rakyat dgn dividen 15%. Kalau layak jadi ahli untuk koperasi yang ada track record pulangan dividen above 8%, bolehlah melabur dalam koperasi. Lagi advantage boleh buat potongan gaji dan koperasi menawarkan pinjaman dengan kadar interest yang rendah. JAUHI DARI RIBA ENGKO ORANG MAMPU MENGUBAHNYA

3) Simpan Dalam Tabung haji – Ni sangat bagus, selain boleh dapat queue untuk pegi haji, pulangan tabung haji adalah konsisten above 6%. What’s more, tak payah nk risau pasal zakat kerana Tabung haji dah bayarkan zakat. Bagus sangat la bagi yang macam malas nak pegi bayar zakat. hukhuk 

4) Labur dalam ASB dan produk PNB (ASW, ASN, AS 1Malaysia) – ASB mempunyai rekod pulangan paling tinggi iaitu lebih 7% setahun, ASW pun tinggi dan konsisten jugak. ASN dan AS1 Malaysia turut beri pulangan yang competitf.

Kelebihan ASB dan ASW ni ialah ia boleh dibuat Overdrat (OD). Dengan kemudah OD ini, gua sangat galakkan untuk korang melabur dalam ASB sampai penuh kuota 200k pastu baru simpan dalam ASW pulak. (gua ada duit lebih, gua simpan kat ASB)

5) Labur dalam unit trust – Yang ni engko orang bagi duit kepada syarikat pengurus dana kewangan (mcm public mutual, pru fund management, cimb wealth advisor(WCA)), syarikat ini akan uruskan dengan peratus charge (biasanya 5.5% tapi yang paling latest gua tahu 6.5%) dari nilai yang engko orang serahkan. Katakan engko orang simpan rm100 ribu, pihak unit trust akan amik 6.5 ribu dan hanya 93.5 ribu sahaja yang akan dilaburkan.

Kalau ikutkan agen2 unit trust, nak nampak pulangan invest dalam unit trust kene peram 3 ke 5 tahun. Obviously simpan 1 tahun for sure rugilah. Actually even after 3-5 year pun belum tentu pulangan dia banyak. Tengok nasib laa jugak, kalau fund yang engko orang labur dan engko orang disiplin bagus la. Rata rata, gua tanya brother brother yang pernah invest unit trust, rata rata kata tak berbaloi dan merugikan dan asyik kena top up. (Gua dengar ada brother mengamuk bila gua tanya pasal WCA)

Ada brother ni melabur dalam Public Mutual menggunakan skim EPF. Beliau dah invest RM2400 untuk dua (2) tahun lepas, tapi baru baru ni dia dapat penyata dalam RM2434, setelah 4 tahun simpan. Gua syak brother tu tak konsisten nak bayar  tu la rugi ye dak?

6) SIMPANAN DAN PELABURAN DLM BENTUK EMAS:-

Ada 2 PILIHAN:
  • Buka buku simpanan emas mcm gold investment account, GIA Maybank atau Kuwait Finance House
"MAJLIS FATWA MENYIFATKAN IANYA HARAM." Gua suggest engko orang bukak website majlis fatwa atau refer mana mana ustaz
  • Emas Fizikal dalam seperti barang kemas (emas perhiasan), jongkong emas atau dinar. Contoh yang saya boleh bagi adalah seperti Dinar Kelantan or Emas keluaran "Public Gold".HALAL BELI EMAS DPT EMAS

Konsep dia ada harga jualan ada harga belian. Beza harga jualan dgn harga belian sekitar 6%. Katakan harga belian 1 gram rm100, harga jualan ialah rm106.
Kalau beli hari ni esok jual pun rugi, ko beli kt public gold harga m106, esok ko jual, public gold akan beli dgn harga rm100. Rugikan?

Macam kita sedia tahu, emas walaupan ada turun naik tapi in the long run harga dia likely akan naik. Nak buat profit kene tunggu la harga naik.

Contoh beli pada 1 Ogos 2010, harga jualan rm106
Jual pada public gold 31 November 2011, harga belian ialah RM160,
Kira untung rm160 – 106  = 33.75%
Tengok harga emas jugak. Disadvantage, xde compound interest. Emas kekal pada 1 gram dan harap pada kenaikan harga emas itu sendiri

Tapi certain pelaburan emas (mcm public gold) ada beri peluang untuk jadi dealer yang mana engko orang boleh dapat komisyen 1.5% dari harga emas yang engko orang jual.

7) Hartanah – This is what I favour the most. Robert Kiyosaki, Donald Trump, Milan Doshi ngan Azizi Ali pun recommend untuk invest dalam property. Property ni termasuk rumah kediaman, shop lot, kilang, resort atau homestay. Dapat keuntungan melalui sewa bulanan, normally giving the right location, harga rumah akan naik dan boleh buat untung bila jual rumah tu. 

Nak invest dalam property modal kene modal byk, itu yang paling utama, lokasi pilihan juga perlu tepat. Dalam memilih lokasi mmg kena trust judgement sendiri, kalau ikut agen jual rumah or agen rumah lelong, likely semua lokasi bagus. Bagus gak tanya judgement orang yang tak ada kepentingan ni. 

Even beli rumah untuk duduk sendiri merupakan satu investment, harga rumah akan terus naik, kalau lambat beli, dah waste duit bayar sewa dan bila dh beli, harga makin tinggi dan lokasi makin jauh.

Nak beli property gua suggest simpan sebanyak mungkin dalam ASB, dah cukup baru buat OD, barulah guna duit tu utk beli.

Satu perkara lagi, kalau beli property untuk orang yang tak berapa kaya mesti berhutang, kalau berhutang tu mesti dia tengok gaji bulanan kita. Disitu pentingnya active income yang strong.
Risiko property tetap ada, kene tahu cara nak minimize risiko, rajin2 membaca dan bertanya

8) Saham – Gua tahu sikit-sikit pasal saham pasal kompeni ada bagi gua ESOS. Gua nampak ada dua jenis cara invest dalam saham. Yang pertama, beli saham beberapa lot, pegang, tiap2 tahun ambik dividen. Dividen ni depend ikut prestasi syarikat, kadang2 ada company yang bagi 2 tahun sekali. Yang kedua main jual beli, Konsep dia beli time rendah dan jual pada harga tinggi, memang kene sentiasa alert dgn sentiment harga nak naik, harga nk turun. Kes pertama, pulangan ikut prestasi syarikat, kalau ok, oklah. Yang kedua, lebih kepada engkau dgn knowledge masa harga turun naik, timing and luck pun penting.

Saham ni high risk high return, kalau takdak ilmu, kalau takder sifu guide, janganlah cuba. Lagi satu, duit perlu banyak jugak untuk bermula. Dan bila dh mula kene laa ready untuk loss the money kalau rugi, tp kerugian tu akan berguna sebagai pengajaran

MAJLIS FATWA MENYIFATKAN IANY HARAM

9) CPO – Crude palm oil, gua tak tau sangat. 

10) Forex – Gua pernah tak pernah try benda ni. Gua dengar ada member kabo dia kecundang RM20 ribu. Tapi ada orang yang boleh berjaya buat benda ni.BANK NEGARA tidak pernah approve FOREX kejadah ni. Semua kegiatan FOREX berlaku diluar negara...untuk kes brother tu...katanya selalu bank-in duit guna Western Union, CIMB. then TT kat Hong Kong. Mungkin sebab cara promote forex tu kata boleh untung banyak (mcm scam jer bunyinyer) dan kisah yang gua dgr ramai gak yang rugi. Mcm biasa, high risk, high return.

11) Business / berniaga – Ada duit cukup try meniaga, meniaga kain, meniaga burger. contoh burger, modal rm1.50, bleh jual rm2.50, untung 67% kan? Sini kuantiti jadi sandaran. untung 67% tapi terjual cuma sebijik bege pun tak guna jugak. Rappo baik dgn pelanggan, burger sedap, bleh jual 1 ratus burger sehari, dh boleh untung rm100. kalau bisnes 20 hari, tak ker dapat rm2k tu

Business MLM? - engko orang tahu caranya kan? bagus

12) Beli Tanah - Beli tanah dan buat project, kalau beli tanah peram jer, likely akan merugikan. Project, project ,project - jadikan tanah kediaman ke, perladangan ke, komersial ker. Pasal buat duit dgn tanah, kene berguru dgn sifu hafizal aka Juru Ukur

13) Invest dalam insurans - Last but not least, different league sebenarnya, tapi kita still pasal simpan duit kat sesuatu tempat. For the first 7 year premium bulanan kita akan terbahagi kepada 2 akaun which is akaun kalau apa2 terjadi lagi satu akaun simpanan. Likely memang kalau kira pulangan at the end, memang compounding interest is less than 1% annual (gua pernah mintak seorang agent simulate kat gua. Tapi, bukan itu matlamat insuran, it’s a protection, kalau ko mati or ko lumpuh, insuran bayar sedebuk kat ngko. Nak tahu lebih lanjut atau ambil insuran, halo halo pejabat² insuran yang terdekat dengan tuan puan.

Lastly, jangan masuk skim cepat kaya ataupun penipuan (font menyerlah dan bold maknanya sangat penting). Paling senang nak detect, janji pulangan lebih 15% dan orang yang promote bagai nak gila punya promote. Skim2 ternakan ker perladangan jenis ambik duit tolong usahakan pun jenis menipu, kandang takder ladang takder, yang ader duit korang utk dibawak lari. Kalau nak ternak udang, sendiri beli tanah, sendiri ternak sendiri jual, kalau nak usahakan sawit, beli tanah, tanam sawit, sendiri jual sawit tu

Sila tambah kalau ada terkurang, betulkan kalau ada salah masa nak kabo dekat engko orang. tade nak bako bako kat sini.

No comments:

Post a Comment