Thursday, September 12, 2013

Hampir dua tahun


Isu harga minyak naik bukan la suatu hal yang menjadi beban pada gua sebab gua terpaksa isi gak minyak untuk gua bergerak dengan lebih pantas ke destinasi yang gua tuju. Tapi bukan isu minyak yang gua nak kabo sebenarnya.

Terkadang tu gua tertanya la juga pada diri gua ini, bila la nak konvo ini? Pesen gua jenis tak sabo haha. Engko orang yang dah konvo awal tu memang biasa gua dengar. Tape gua steady je ini.

7 bulan lepas habis belajar: "Apepasal gua tak konvo lagi ni, pihak pentadbiran kabo 6 bulan lepas habis belajar". " Tak ape gua tunggu jela bukan gua nak makan certificate tu pun" gua berdialog dalam dialog. Ye, gua tahu gua power.


10 bulan lepas habis belajar: "mak aih, awat semua kerja kosong tanya pasal certificate gua ini? gua ade transcript original kot, takkan tak caya weh?" hati gua kian gundah.

1 tahun 3 bulan lepas habis belajar: gua mencarut semakin konsisten

1 tahun 6 bulan lepas habis belajar: Gua pasrah dah ini. Jadi ke tak jadi gua nak certificate je

Hampir 2 tahun lepas habis belajar: Majlis konvokesyen di Sahkan. Gua terajang sampai lunyai kertas jemputan konvo tu lepas brother posmen bagi by hand kat gua.

Gua ni pesen suka melepak, jadi gua bergerak la ke universiti sehari sebelum hari konvo gua. Setelah hampir setahun lebih melebih gua tak jejak kuis, segala jenis landscape, faktor geomatri, faktor kepadatan penduduk, kedai, bangunan kedai, segalanya baru bagi gua. Seolah olah gua baru tiba di kawasan tersebut.

Tapi peduli apa gua, sampai je gua kat hostel, terus gua terjun katil member. Kali ini tade kesian kesian. Settle take five gua terus kemas apa yang patut. Kesian member gua, lastly die tido kat sofa yang dorang rembat entah kat mana. Waktu tu memang dah mengantok tahap true level. Harapan gua waktu itu nak bangun awal sebab acara berarak masuk ke dewan mula pukul 7.30 pagi.

Tepat jam 7.20 pagi, gua bangun terus terajang semua member gua dalam bilik tu. Dari zaman belajar sampai nak konvo still bangun lewat. 

Selesai gua bersiap semua gua bergegas menuju ke arah dewan bersama usop dan munsir. Setiba gua di dewan tersebut gua terus potong queue kawan kawan yang lain. Ada yang nak datang dari entah mana tetiba nak terajang gua. Gua lantas bersilat serta merta. ok gua ada ada kan cerita je.

Jam 8.10 pagi, gua berarak masuk ke dalam dewan. Saat gua berarak masuk dah macam wedding ala ingeris pulak. Pak cik makcik semua tercari cari anak dorang dengan harapan boleh amik gambar pre-alumni. 

Gua berasak nak pilih tempat duduk agar tak terjerumus ke area kebusanan. Ok gua hampir hampir terjerumus. Gua duduk dalam golongan pesen buat hal sama sama tanggung. 

8.40 pagi. Selesai pihak pengerusi majlis berucap batch gua dipanggil keluar untuk penerimaan certificate tipu tipu. Ye gua tahu pesen camni senang bagi pihak management nak handle budak budak tak datang  masa majlis penerimaan sijil ni.

Engko orang mesti tak percaya, batch gua habis amik sijil tipu tipu dalam masa tak sampai 30 minit. Ok sekarang gua bosan. Tatkala semua geng gua kebosanan maka bermula la minit minit onar. Sederet area gua semua layan henset. Ada yang cuba gajet dorang yang baru beli, fish eye lens la, wide angle lens la, iphone 5 la, Htc la, dan segala jenis gajet era sekarang. Masing masing dengan sesi mengambil gambar secara sendirian berhad termasuk la gua.



Sejenis cahaya merah dihalakan kearah  kepala member gua, seakan akan ada penembak hendap ingin membunuhnya...

waktu tu baru gua sedar, awek awek yang jaga kawasan mensasarkan laser tersebut dengan tujuan kesedaran. Kawan kawan gua pesen tak layan teguran macam tu, jadi sambung dengan perangai masing masing. Dalam situasi ini, gua paling dikehendaki, selalu juga awek awek tu sasarkan kat gua. Ingat gua heran ke. 




hal ni berlaku dek kerana brother sorang ni tak dapat join kitorang bergelak sakan haha.

11.10 pagi. Gua disuruh berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu KUIS yang dah lame gua lupa. Masa gua tipu tipu menyanyi lagu KUIS gua terperasan lirik lagu dan irama seakan lagu nasyid Rabbani. Peduli mende gua.

11.20 pagi. Rektor KUIS mengumumkan kesemua yang menerima certificate tadi adalah alumni. Ok gua kene cau sekarang. Keluar je gua dari dewan tu semua jadi huru hara. Ada yang kene terajang dengan mak ayah, ada yang bagi bunga sampai tak cukup tangan. Tapi gua steady je, pesen gua layan hadiah yang memuaskan dan tak membazir. Pemuda harapan bangsa? yes hampir menuju matlamat tu. haha






Gua sebenarnya serba salah nak publish entri ni. peduli mende gua yang nak tekan bukan engko orang haha. Gua nanti update aksi selepas gua keluar dari dewan tu. 

No comments:

Post a Comment