Monday, September 2, 2013

Pakwe idaman

Dulu, ada seorang makwe ni kabo, beliau nakkan seorang pakwe idaman yang tidur awal dan bangun awal. Tak rambo langsung pakwe idaman dari perspektif dia ye dak?

Al-kisah, di satu malam yang cool lagi dingin, satu detik di mana gua terfikirkan perspektif makwe tempoh hari. Gua terfikir sejenak, apalah salahnya gua buat apa yang makwe itu cakapkan. Bukan boleh gugur jantung ni pun. Jadi hari ini, dengan niat ingin menjadi pakwe idaman, gua ready pasang niat untuk tido awal. 


Tepat pukul 10 malam selari dengan waktu Barbie tidur, gua dah menyiapkan katil. Macammana gua tahu Barbie tidur pukul 10 malam? Alaa, dia balik rumah dari party pun dah pukul 9 malam, mandi tukar baju apa semua, mesti ambik masa sejam baru dapat tidur kan? Ya, gua tahu gua genius.

Tiga bijik bantal gua susun dengan kemas. Cadar katil pula ditarik tegang dan dikibas dengan selimut. Selain dari itu, gua kena alihkan kucing dari katil gua. Pesen kucing tak sedar diri. Selepas itu, gua pergi bilik air untuk basuh kaki dan gosok gigi. Lepas gosok gigi gua pekena Dota 2 satu round. Ahh, peduli la gua nak main Dota pun!


Apabila semua perkakasan tidur sudah nampak lengkap, gua terjun ke katil dan membaca doa tidur dalam bahasa melayu. Selimut gua tarik sehingga ke paras dada. Mata gua menatap siling. Harap-harap pada masa tu takde nampak makwe merangkak dekat siling.



11.09 malam: Telefon gua berdesing. Rupanya makwe gua telefon. "Hi, awak buat apa je tuh?" soal makwe dengan nada romatis.


11.55 malam: "Waalaikumsalam, tido lek lok ye" kabo gua dengan harapan makwe tido terus.


12.24 pagi: gua still lagi belek telefon sambil update apa yang patut. Cilakak betei apasal gua tak tido lagi ini.

1.00 pagi: Adik gua turn off internet rumah. "Woi, apapasal tutup internet?" jerit gua dengan hati gundah. Tak pe, gua maafkan adik gua. Lagi pun gua ada chance ini nak tido.

1.29 pagi: "Woi, ko dah tido ke? relax ar meh join kitorang main dota 2 , tak cukup sorang ni!" #@% ing betei la. Gua mencarut dalam hati. Gua on komputer pekene satu round Dota 2.

2.00 pagi: Settle satu round, gua dah boleh tido dengan aman. Selamat malam dunia.

2.45 pagi: Gua mula mencarut secara konsisten.

Lama kelamaan gua mula rasa mengantuk yang teramat sangat. Petanda untuk gua jadi pakwe idaman. Gua terus capai telefon nak usha jam.

5.51 pagi: Azan subuh berkumandang. Gua bangun terus terajang kepala katil. Cilakak pakwe idaman!

1 comment:

  1. engko orang kene refresh. gua baru tukar ayat yang kurang bernas. tq

    ReplyDelete