Friday, September 6, 2013

Price list for Smartphone / Tablet September 2013



Senarai harga telefon yang engko orang nak usha ataupun nak beli tak pun just nak kabo kat semua orang yang engko orang tahu harga paling latest. haha

Samsung Galaxy Note 3(RM2199)
Samsung Galaxy Note 2(RM1650)
Samsung Galaxy Note 1(RM1399)

Samsung Galaxy S4 (RM1850)
Samsung Galaxy S4 mini (RM1420)
Samsung Galaxy S4 Active (RM1899)

Monday, September 2, 2013

Pakwe idaman

Dulu, ada seorang makwe ni kabo, beliau nakkan seorang pakwe idaman yang tidur awal dan bangun awal. Tak rambo langsung pakwe idaman dari perspektif dia ye dak?

Al-kisah, di satu malam yang cool lagi dingin, satu detik di mana gua terfikirkan perspektif makwe tempoh hari. Gua terfikir sejenak, apalah salahnya gua buat apa yang makwe itu cakapkan. Bukan boleh gugur jantung ni pun. Jadi hari ini, dengan niat ingin menjadi pakwe idaman, gua ready pasang niat untuk tido awal. 


Tepat pukul 10 malam selari dengan waktu Barbie tidur, gua dah menyiapkan katil. Macammana gua tahu Barbie tidur pukul 10 malam? Alaa, dia balik rumah dari party pun dah pukul 9 malam, mandi tukar baju apa semua, mesti ambik masa sejam baru dapat tidur kan? Ya, gua tahu gua genius.

Tiga bijik bantal gua susun dengan kemas. Cadar katil pula ditarik tegang dan dikibas dengan selimut. Selain dari itu, gua kena alihkan kucing dari katil gua. Pesen kucing tak sedar diri. Selepas itu, gua pergi bilik air untuk basuh kaki dan gosok gigi. Lepas gosok gigi gua pekena Dota 2 satu round. Ahh, peduli la gua nak main Dota pun!


Apabila semua perkakasan tidur sudah nampak lengkap, gua terjun ke katil dan membaca doa tidur dalam bahasa melayu. Selimut gua tarik sehingga ke paras dada. Mata gua menatap siling. Harap-harap pada masa tu takde nampak makwe merangkak dekat siling.


Thursday, August 29, 2013

Man, kopi dan expired date

Kopi adalah minuman yang bole dibancuh ikut suka hati engko orang sama ada nak lebih gula, nak tawar atau pun nak jenis pekat yang mudah dikenali sebagai espresso. Tapi gua bukan la nak cerita pasal kopi ni sedap ke tak yang gua nak kabo dekat engko orang semua pasal member gua dan kopi.


Hari ini entah kenapa tiba tiba gua rasa teringin sangat nak minum kopi. tengok jam dah pukul 12 tengah hari, gua tanggalkan kasut serta stoking padini dan terus genggam cawan cola cola edisi had mekdi. Gua tercari cari sudu plastik yang gua rembat dekat kedai makcik kantin tingkat 3 tempat gua keje ni. Yang paling rare tahap true level lagi, wajah makcik tu seiras muka isteri Anuar Ibrahim. Kali ini gua dapat rasakan yang makcik kantin tu mesti selalu terfikir mana sudu sudu plastik dia. Mungkin faktor kedekut.

Dua tiga kali juga gua pusing dalam office, bayang nescape pun gua tak nampak. Minuman kologen je melambak. Gua renung muka Man sambil kerutkan dahi.

"Cari apa pis?", soal Man dengan nada sedikit serius.

Tuesday, August 27, 2013

Berjaya dek kerana gambar

Gua hari ni nak kabo kat dunia yang gua ada kawan universiti, kawan dari sekolah , kawan dari zaman kanak kanak, kawan dari kenalan kawan dan kawan kawan yang baru gua berkawan. Gua bukan pesen suka menjatuhkan kawan kawan gua bila tengok dorang berjaya. Gua bangga tengok kawan kawan gua berjaya . Hari ni gua nak bagi support sebab tade idea yang bernas nak buat cerpen.

engko orang boleh usha pakej pakej yang dorang bagi. kalau risau gak engko orang boleh kabo gune telefon. klik kat nama untuk godam webpage dorang. kahkah