Wednesday, October 2, 2013

Gua busy

Gua busy, busy macam pekerja mekdi. Atau lampu kat menara TM ini. Atau tak kisah la objek apa pun asalkan objek itu bekerja hampir 24 jam sehari. Gua punya busy sampaikan gua dah jarang ambik tahu pasal orang sekeliling, pasal gossip terbaru, pasal perkembangan politik, pasal apa pun yang terjadi. Ya, gua busy. Engko orang apa tahu.

Gua buat apa sampai jadi busy?

Gua busy memikirkan lu. 

Kah kah kah

Thursday, September 12, 2013

Hampir dua tahun


Isu harga minyak naik bukan la suatu hal yang menjadi beban pada gua sebab gua terpaksa isi gak minyak untuk gua bergerak dengan lebih pantas ke destinasi yang gua tuju. Tapi bukan isu minyak yang gua nak kabo sebenarnya.

Terkadang tu gua tertanya la juga pada diri gua ini, bila la nak konvo ini? Pesen gua jenis tak sabo haha. Engko orang yang dah konvo awal tu memang biasa gua dengar. Tape gua steady je ini.

7 bulan lepas habis belajar: "Apepasal gua tak konvo lagi ni, pihak pentadbiran kabo 6 bulan lepas habis belajar". " Tak ape gua tunggu jela bukan gua nak makan certificate tu pun" gua berdialog dalam dialog. Ye, gua tahu gua power.

Wednesday, September 11, 2013

Tizen OS


Tizen? apa mende itu... bahasa cina kan? well Tizen ini salah satu OS yang dibangunkan oleh pihak Samsung dan dijayakan oleh Intel, Urban Airship, dan banyak lagi. 

Sejarah Tizen bermula bila, Samsung tiba tiba terfikir sejenak ke arah ke kekayaan Google dimana Samsung betul betul rasa yang dorang ni tak update dari segi pendapatan sendiri sebaliknya bergantung pasa Google. Samsung sekarang ini cuba nak beransur-ansur menghentikan pengeluaran dari OS Google yang beroperasi dari peranti Samsung. Masing-masing masih nak menafikan ketegangan wujud di antara Google dan Samsung.

Friday, September 6, 2013

INVESTMENT BERNILAI



Dimana engko orang nak MELABUR?

Hari ini gua nak kabo tentang pentingnya pelaburan. Untuk entri ini, gua share maklumat yang gua tahu berdasarkan pengetahuan tak seberapa yang gua cedok dari blog amy. Gua nak kabo ni pun sebab gua baru nak berjinak dalam hal berkaitan duit ni untuk masa depan.

Setiap pelaburan ada naik turun dia, yang paling penting engko orang kene percaya kat diri sendiri, bertanya, berani, dan paling penting engko orang kene ready mental untuk setiap pelaburan engko orang buat.

1) Labur dalam bank – ni pun kira melabur paling cincai, duit gaji engko orang guna ada balance biar jer dalam bank. Ulang setiap bulan. Akan dapat dividen, dividen bergantung kepada bank tapi dividen dia adalah sangat kurang. Tak lebih 3% jer roughly. No wonder Bank boleh offer, BLR – 2.xx untuk loan rumah. Dividen rendah, tak payah simpan kat bank laaa kahkah.

2) Labur Dalam Koperasi – macam2 koperasi ada (polis, tentera, felda, guru, telekom, pos dsb) problemnya tak semua orang boleh selamba masuk, contohnya hanya polis boleh masuk koperasi polis. 

Price list for Smartphone / Tablet September 2013



Senarai harga telefon yang engko orang nak usha ataupun nak beli tak pun just nak kabo kat semua orang yang engko orang tahu harga paling latest. haha

Samsung Galaxy Note 3(RM2199)
Samsung Galaxy Note 2(RM1650)
Samsung Galaxy Note 1(RM1399)

Samsung Galaxy S4 (RM1850)
Samsung Galaxy S4 mini (RM1420)
Samsung Galaxy S4 Active (RM1899)

Monday, September 2, 2013

Pakwe idaman

Dulu, ada seorang makwe ni kabo, beliau nakkan seorang pakwe idaman yang tidur awal dan bangun awal. Tak rambo langsung pakwe idaman dari perspektif dia ye dak?

Al-kisah, di satu malam yang cool lagi dingin, satu detik di mana gua terfikirkan perspektif makwe tempoh hari. Gua terfikir sejenak, apalah salahnya gua buat apa yang makwe itu cakapkan. Bukan boleh gugur jantung ni pun. Jadi hari ini, dengan niat ingin menjadi pakwe idaman, gua ready pasang niat untuk tido awal. 


Tepat pukul 10 malam selari dengan waktu Barbie tidur, gua dah menyiapkan katil. Macammana gua tahu Barbie tidur pukul 10 malam? Alaa, dia balik rumah dari party pun dah pukul 9 malam, mandi tukar baju apa semua, mesti ambik masa sejam baru dapat tidur kan? Ya, gua tahu gua genius.

Tiga bijik bantal gua susun dengan kemas. Cadar katil pula ditarik tegang dan dikibas dengan selimut. Selain dari itu, gua kena alihkan kucing dari katil gua. Pesen kucing tak sedar diri. Selepas itu, gua pergi bilik air untuk basuh kaki dan gosok gigi. Lepas gosok gigi gua pekena Dota 2 satu round. Ahh, peduli la gua nak main Dota pun!


Apabila semua perkakasan tidur sudah nampak lengkap, gua terjun ke katil dan membaca doa tidur dalam bahasa melayu. Selimut gua tarik sehingga ke paras dada. Mata gua menatap siling. Harap-harap pada masa tu takde nampak makwe merangkak dekat siling.


Thursday, August 29, 2013

Man, kopi dan expired date

Kopi adalah minuman yang bole dibancuh ikut suka hati engko orang sama ada nak lebih gula, nak tawar atau pun nak jenis pekat yang mudah dikenali sebagai espresso. Tapi gua bukan la nak cerita pasal kopi ni sedap ke tak yang gua nak kabo dekat engko orang semua pasal member gua dan kopi.


Hari ini entah kenapa tiba tiba gua rasa teringin sangat nak minum kopi. tengok jam dah pukul 12 tengah hari, gua tanggalkan kasut serta stoking padini dan terus genggam cawan cola cola edisi had mekdi. Gua tercari cari sudu plastik yang gua rembat dekat kedai makcik kantin tingkat 3 tempat gua keje ni. Yang paling rare tahap true level lagi, wajah makcik tu seiras muka isteri Anuar Ibrahim. Kali ini gua dapat rasakan yang makcik kantin tu mesti selalu terfikir mana sudu sudu plastik dia. Mungkin faktor kedekut.

Dua tiga kali juga gua pusing dalam office, bayang nescape pun gua tak nampak. Minuman kologen je melambak. Gua renung muka Man sambil kerutkan dahi.

"Cari apa pis?", soal Man dengan nada sedikit serius.

Tuesday, August 27, 2013

Berjaya dek kerana gambar

Gua hari ni nak kabo kat dunia yang gua ada kawan universiti, kawan dari sekolah , kawan dari zaman kanak kanak, kawan dari kenalan kawan dan kawan kawan yang baru gua berkawan. Gua bukan pesen suka menjatuhkan kawan kawan gua bila tengok dorang berjaya. Gua bangga tengok kawan kawan gua berjaya . Hari ni gua nak bagi support sebab tade idea yang bernas nak buat cerpen.

engko orang boleh usha pakej pakej yang dorang bagi. kalau risau gak engko orang boleh kabo gune telefon. klik kat nama untuk godam webpage dorang. kahkah





Monday, August 26, 2013

Sedikit teruja






Dota 2 adalah satu penaik tarafan grafik dari Defense of the Ancients (DotA) Warcraft III: The Frozen Throne. Tetapi Mapping untuk permainan strategi DotA ini sebenarnya berdasarkan permainan "Aeon of Strife" yang asalnya dari permainan strategi StarCraft. Syarikat Blizzard ini dengar kabo suka conquer permainan belah strategi ini. Tapi bukan citer DotA ini gua kabo sebenarnya. Engko orang mesti stress

Sunday, August 25, 2013

Remove virus shortcut dalam USB pendrive guna Command Prompt(CMD)

How to recover from shorcut virus on your pendrive?

woi bangang mende ni, virus mane lak sesuka hati nk terajang pendrive gua ni. Apahal banyak sangat shortcut ni? seingat gua, gua tak buat folder pesen shortcut ni. Mane fail penting gua! cilakak tak pasal gua  terajang kepala katil.

Tape gua ni bukan stupid sangat nak tengok virus tu lepak lame lame dalam pendrive tu. dengan idealogi yang tetibe muncul ni gua nak ajar engko orang trick untuk sepak terajang virus shortcut ni. 

Engko orang tahu pasal command prompt? kabo je la engko orang tak tahu. kahkah ok gua gurau. engko orang yang tengah baca ni confirm tahu. tekan (window logo + R) lepas tu sistem "Run" akan appear. tulis "cmd" tak pun "COMMAND"dan smackdown button "Enter". kalau button tu tercabut tu engko orang punya pasal la.

kalau tak keluar yang lebih kurang dalam gambar tu engko kene buat balik.

Saturday, August 24, 2013

Ego tinggi dan rendah mane tengah tengah

Woi mana tengah tengah woi. Gua duk mencari sapa jejaka yang ego die Kat tahap tengah tengah antara tinggi dan rendah?

"sebenarnya, mana mana lelaki memang tak lari daripada ego. gua sedar gua pun ada ego. kalau tak sedar memang engko orang ni pesen tak sedar diri."

Engko orang kalu pesen cepat mngamuk Kat golongan makwe yg bukan mahram ni tape gua setuju sangat. Bagi pesen yang suka mngalah duduk diam dan tak nak cari gaduh engko orang dayus tapi bagus sebab engko orang jenis passive yang senang kene setup bagi makwe yang ade power control macam budak kecik yang dapat remote control sambil duduk tukar channel . Engko orang pernah ada?

Gua punya parah sekarang dah level tahap true da ni. Entah bila gua harus cenggini. Gua sayang sangat tapi gua rasa para makwe patut bersyukur kalu dapat pesen I follow you.

dalam hidup ni kita pernah dengar perkataan lumrah. Siapa tak pernah dengar boleh pergi meninggal. Lumrah dalam kehidupan ni banyak. Tapi gua nak kaitkan isu ego. Cuba engko orang fikir apa jadi perempuan faham laki? Ya, gua tahu engko orang malas. Okay, gua nak sebut satu je untuk golongan makwe.

Engko orang pernah gaduh dengan kawan baik sendiri lepastu gua yakin sampai raya ke lima pun engko tak tegur sebab APA? Sebab malu. Tapi makwe sendiri kabor perempuan dengan perempuan faham sama sendiri. Tapi gaduh sampai ke mati.

Bila pasangan berlainan jantina masing masing kata "awak tak pernah faham saya".
Gua mampu tepuk tepuk dahi je sebab gua ni memang jenis susah nak faham kaum berlainan jenis ni. Kalau gua sembang dengan member laki gua cakap "itu" komfem beliau cakap "itu". Kalau gua sembang dengan makwe "itu", komfem makwe balas "sana" kalau makwe jawab "ini" gua boleh terima lagi sebab makwe ni memang pesen gitu.


Pehh deep deep.

Okay karang gua kasi banyak banyak bukan engko orang baca.

P/s: gua sedap je layan live kelantan terengganu. Kahkah

Seringgit Lapan Puluh Sen


bebet:    Mamak extra jos satu!
mamak: dey macha, extra tu apa?
bebet:    cilakak betei!

tu la separa dari gejala yang berlaku sejak dari beberape bulan lepas. pantang tak de extra jos kat setiap pelusuk kedai mamak. Extra Jos gua usha awek awek pakwe pakwe sume duduk layan air ni. Sebelum gua layan drinking water ni, gua layan Hemaviton. Boleh dikatakan racun untuk gua sebenarnya. Air ni kalu mamak imthiyaya buat confirm 5 tahun lagi boleh kene potong kaki. 

cis gua dah terjebak dengan gejala tak menyihat ni rasa nk rejam je sape yang hasilkan idea extra jos susu ni. elok elok sihat boleh jadi tak sihat terus. sedap tu memang tak cakap la engko orang kene cuba.





p/s: asal tengah bulan je. menu utama setiap kali lepak mamak Air Kosong satu!! hah

Jepun

Sedang gua ralit berjalan persis Aaron Kwok, gua tetiba dikejar peminat peminat. Kali ni bukan calang calang peminat, peminat dari Jepun woi. Gua teruja sambil dikawal ketat makwe gua.

Sedar tak sedar , gua berjaya diumpan peminat gua untuk duduk bersantap bersama. Gua hampir tertipu dengan dakyah pemukau dari peminat Jepun yang serba serbi comel dan ada yang lagi tinggi dari gua.

Ooookayu don...oo kayu don..sampai. Wadahel is dat okayu bagai tu. Gua pun tak tahu nak ulas dengan lebih lanjut. hanya perasaan marah yang deep deep ye menemani gua waktu tu. Sekali je gua pandang makanan, tu gua dah tahu pesen makan tu camne. cara buat dia senang je. engko orang amik kuah maggie yang ada telur hancur, lepas tu tabur atas nasi putih. kalau nak pekat macam dalam gambar engko orang kene tabur black paper sauce.




nampak sedapkan?

Tak de rupa macam dalam gambar pun masa gua makan tadi. Gua sedikit baran. nama kedai dorang gua lupa, tape gua update lepas ni. Bersantap pun dah, ini kali peminat Jepun gua serbu gua nak amik gambar sekali. Peminat gua request nk berdua dua je, tapi atas kawalan ketat makwe gua mengalah. haha




p/s: gua balik dalam keadaan yang bahagia bersama makwe. tiada aksi cemburu sini sana

Friday, August 23, 2013

Cita cita hangat diperkatakan

ok camni gua nak kabo sedikit kat kalian semula. tengah gua ralit usha page rakan rakan ber IQ tinggi dengan sendiri idea datang memancut dari hemesfera kanan dan sedikit pada belah kiri otak gua. 

Cenggini, gua ingat gua nk buat syarikat consultation. First gua pegi culik warga warga indon yang paling skilled dalam bidang rosak buat balik sendiri(buruh binaan). gua kabo kat dorang suruh jadi pekerja gua. Pasal gaji , buruh buruh tu tade hal. gua ni jenis adil lagi saksama, engko orang kene percaya. Keje gua, cari client yang nk runtuhkan separa rumah dorang untuk buat kebaikan akan datang. sebanyak banyak gua fikirkan, adalah dalam 2 tahun tak pun paling kurang 1 tahun gua dah boleh buat lesen kontraktor Level F

Second, gua terjah surat khaba kasi amik semua tender tender yang paling bergaya lagi menguntungkan.

Third, gua rasa gua dah kaya sekarang, engko orang ape tahu.


gua malas nk kabo panjang lebar idea gua ni  kahkah

p/s: Percaya atau tak gua dah fikir idea ni dari tahun lepas. cis air liur je yang berjaya gua hasilkan.

Trend

trend sekarang buat peace angkat empat jari ke?

bukan jep, engko tak tahu kan kes luar negara, negara bergolak Mesir. tu la bapak engko mak engko suruh rajin membaca tak pun dengar berita engko tak nak. 


Tape cenggini gua kabo kat engko orang cerita semalam, situasi mesir ni sedikit sebanyak dah pun mula kondustif. dengar kabo rakyat mesir ni masih mengantisipasi kemungkinan pergolakan akan berlaku lagi. tape dorang power tentangan rakyat yang mahukan perubahan sangat kuat.


sudah la gua tak berdaya nk terangkan secara panjang lebar isu Mesir ni. Engko orang kene rajin tengok berita la woi. Yang gua buat entri ni saje nak tunjuk handal.




p/s - rakyat malaysia handal bab kabo negara orang. engko orang kene chill kalu ada yang melatah sat gi

Rasa

gua hari ni nak repair blog gua yang dahulunya macam blog disney tv kali ni kasi firm sampai engko orang nk rasa nk godam blog gua. woi engko orang tade idea ke nk buat sendiri.

Tuesday, November 13, 2012

Aku, kau, mereka dan semua

kisah penjenamaan gua tentang kisah lampau serta konflik yang telah berlaku.
gua akan update entri ni bila ada masa, kire ni trailer je la.
serba sedikit gua akan berikan hint pasal entri yang mendatang



2006 
masa kejadian :"ketika hujung tahun"

2007
masa kejadian :"pertengahan, hujung tahun"

2008
masa kejadian :"sepanjang tahun"

2009
masa kejadian :"sepanjang tahun"

2010
masa kejadian :"sepanjang tahun"



p/s: ok gua terhadkan sampai tahun 2010 dulu. gua akan mula berkarya bila gua rasa gua perlu kahkah. engko orang jangan mengeluh.

Friday, October 5, 2012

Besar


Ada suatu petang,gua bawak anak buah gua pergi main kat taman permainan,nak bawak pergi main kat tengah highway nampak sangat kerja gila ye dak? Tangan kanan pegang anak buah gua,tangan kiri pulak pegang layang-layang. Ni kalau ada makcik-makcik tengok kompem berebut nak buat gua menantu..

Sambil tengok anak buah gua cuit-cuit bahu sorang makwe dalam lingkungan umur dia jugak,gua cucuh rokok. Setakat budak darjah satu dua ni apa je la yang diaorang pikirkan,lagipun tak pernah lagi gua dengar budak perempuan darjah dua mengandung lepas kena cuit bahu.


Sambil hisap rokok,gua usha persekitaran. Petang ni takde sorang makwe pun yang keluar bawak adik pergi taman permainan,gamaknya semua makwe sekarang ni lagi suka layan tivi kat rumah sambil lunjur kaki. Gua mengeluh hampa. Tengah gua ralit menenangkan fikiran,ada dua orang budak kecik dah buat hal tepi gua.

Budak dua orang ni gua syak kalau tak tadika mesti darjah satu. Kemain lagi tengah bergaduh mulut,sambil cekak-cekak pinggang dibuatnya..Gua masih kekalkan gaya duduk gua,kalau sampai berguling-guling baru gua ingat nak rejam dengan batu dua orang budak ni..


"Semalam ayah kita dapat ikan besar ni",kata budak botak baju biru sambil mendepangkan tangannya.

"Alaaa,ayah kita hari tu dapat ikan lagi besar,besar kereta",jawab budak baju oren taknak kalah.

Gua dah geleng-geleng kepala,ingatkan takde dah budak-budak main permainan "ayah siapa lagi power" ni.

"Ayah kita punya ikan lagi besar la,besar dunia!",balas budak botak baju biru sambil buat muka bengis. Gua dah mula rasa budak baju oren ni akan mengalami kekalahan. Tapi bila gua dengar apa yang dibalas budak baju oren ni,rokok gua sikit lagi nak terlepas ke tanah.

"Ikan ayah kita besar infiniti! Awak tak boleh lawan dah,kakak kita kata infiniti yang paling kuat sekali!",balas budak baju oren yakin. Gua dah start berdebor,bukan calang-calang budak baju oren ni rupanya. Pesen main kakak tapi kalau gua jadi budak botak baju biru ni gua tahu apa balasan paling power sekali nak guna. 

"Tak kisah,ikan ayah kita besar Tuhan. Boleh lawan,boleh lawan?",balas budak botak baju biru sambil naik ke atas papan gelongsor. Budak baju oren diam sambil air mata bergenang.



Sambil tersenyum,gua tahu budak botak baju biru ni akan jadi lelaki yang steady bila besar nanti..


Thursday, September 6, 2012

Telekom Malaysia




This is a bit of an odd ball when it comes to most working places but I got an interview at my Telekom Malaysia (known as TM berhad) today, it went successful and went straight to work for 8 hours (well more like my first day of training but it was still pretty much regular work orz).
Finally got my first job and with that, I am not going to be posting art or doodles for that matter as often as before anymore (as well as having tricky times getting online or playing DOTA 2). :C
My hours are pretty tight on free time and with that, 70% of the time I expect myself to be staying there until 6   pm due to overtime since i always late. 


p/s: those looking for tips or information about TM you are in the wrong place. have a good day

Monday, March 26, 2012

Your available balance is

walao weh, gua dah kempunan la pula , duit MARA yang patut masuk 15/03 tak masuk dalam akaun gua lagi. mane duit tu pergi weh. Gua rasa la ni may be ade masalah management pihak kolej or pihak mara .