Thursday, September 12, 2013

Hampir dua tahun


Isu harga minyak naik bukan la suatu hal yang menjadi beban pada gua sebab gua terpaksa isi gak minyak untuk gua bergerak dengan lebih pantas ke destinasi yang gua tuju. Tapi bukan isu minyak yang gua nak kabo sebenarnya.

Terkadang tu gua tertanya la juga pada diri gua ini, bila la nak konvo ini? Pesen gua jenis tak sabo haha. Engko orang yang dah konvo awal tu memang biasa gua dengar. Tape gua steady je ini.

7 bulan lepas habis belajar: "Apepasal gua tak konvo lagi ni, pihak pentadbiran kabo 6 bulan lepas habis belajar". " Tak ape gua tunggu jela bukan gua nak makan certificate tu pun" gua berdialog dalam dialog. Ye, gua tahu gua power.

Wednesday, September 11, 2013

Tizen OS


Tizen? apa mende itu... bahasa cina kan? well Tizen ini salah satu OS yang dibangunkan oleh pihak Samsung dan dijayakan oleh Intel, Urban Airship, dan banyak lagi. 

Sejarah Tizen bermula bila, Samsung tiba tiba terfikir sejenak ke arah ke kekayaan Google dimana Samsung betul betul rasa yang dorang ni tak update dari segi pendapatan sendiri sebaliknya bergantung pasa Google. Samsung sekarang ini cuba nak beransur-ansur menghentikan pengeluaran dari OS Google yang beroperasi dari peranti Samsung. Masing-masing masih nak menafikan ketegangan wujud di antara Google dan Samsung.

Friday, September 6, 2013

INVESTMENT BERNILAI



Dimana engko orang nak MELABUR?

Hari ini gua nak kabo tentang pentingnya pelaburan. Untuk entri ini, gua share maklumat yang gua tahu berdasarkan pengetahuan tak seberapa yang gua cedok dari blog amy. Gua nak kabo ni pun sebab gua baru nak berjinak dalam hal berkaitan duit ni untuk masa depan.

Setiap pelaburan ada naik turun dia, yang paling penting engko orang kene percaya kat diri sendiri, bertanya, berani, dan paling penting engko orang kene ready mental untuk setiap pelaburan engko orang buat.

1) Labur dalam bank – ni pun kira melabur paling cincai, duit gaji engko orang guna ada balance biar jer dalam bank. Ulang setiap bulan. Akan dapat dividen, dividen bergantung kepada bank tapi dividen dia adalah sangat kurang. Tak lebih 3% jer roughly. No wonder Bank boleh offer, BLR – 2.xx untuk loan rumah. Dividen rendah, tak payah simpan kat bank laaa kahkah.

2) Labur Dalam Koperasi – macam2 koperasi ada (polis, tentera, felda, guru, telekom, pos dsb) problemnya tak semua orang boleh selamba masuk, contohnya hanya polis boleh masuk koperasi polis. 

Price list for Smartphone / Tablet September 2013



Senarai harga telefon yang engko orang nak usha ataupun nak beli tak pun just nak kabo kat semua orang yang engko orang tahu harga paling latest. haha

Samsung Galaxy Note 3(RM2199)
Samsung Galaxy Note 2(RM1650)
Samsung Galaxy Note 1(RM1399)

Samsung Galaxy S4 (RM1850)
Samsung Galaxy S4 mini (RM1420)
Samsung Galaxy S4 Active (RM1899)

Monday, September 2, 2013

Pakwe idaman

Dulu, ada seorang makwe ni kabo, beliau nakkan seorang pakwe idaman yang tidur awal dan bangun awal. Tak rambo langsung pakwe idaman dari perspektif dia ye dak?

Al-kisah, di satu malam yang cool lagi dingin, satu detik di mana gua terfikirkan perspektif makwe tempoh hari. Gua terfikir sejenak, apalah salahnya gua buat apa yang makwe itu cakapkan. Bukan boleh gugur jantung ni pun. Jadi hari ini, dengan niat ingin menjadi pakwe idaman, gua ready pasang niat untuk tido awal. 


Tepat pukul 10 malam selari dengan waktu Barbie tidur, gua dah menyiapkan katil. Macammana gua tahu Barbie tidur pukul 10 malam? Alaa, dia balik rumah dari party pun dah pukul 9 malam, mandi tukar baju apa semua, mesti ambik masa sejam baru dapat tidur kan? Ya, gua tahu gua genius.

Tiga bijik bantal gua susun dengan kemas. Cadar katil pula ditarik tegang dan dikibas dengan selimut. Selain dari itu, gua kena alihkan kucing dari katil gua. Pesen kucing tak sedar diri. Selepas itu, gua pergi bilik air untuk basuh kaki dan gosok gigi. Lepas gosok gigi gua pekena Dota 2 satu round. Ahh, peduli la gua nak main Dota pun!


Apabila semua perkakasan tidur sudah nampak lengkap, gua terjun ke katil dan membaca doa tidur dalam bahasa melayu. Selimut gua tarik sehingga ke paras dada. Mata gua menatap siling. Harap-harap pada masa tu takde nampak makwe merangkak dekat siling.