Friday, October 5, 2012

Besar


Ada suatu petang,gua bawak anak buah gua pergi main kat taman permainan,nak bawak pergi main kat tengah highway nampak sangat kerja gila ye dak? Tangan kanan pegang anak buah gua,tangan kiri pulak pegang layang-layang. Ni kalau ada makcik-makcik tengok kompem berebut nak buat gua menantu..

Sambil tengok anak buah gua cuit-cuit bahu sorang makwe dalam lingkungan umur dia jugak,gua cucuh rokok. Setakat budak darjah satu dua ni apa je la yang diaorang pikirkan,lagipun tak pernah lagi gua dengar budak perempuan darjah dua mengandung lepas kena cuit bahu.


Sambil hisap rokok,gua usha persekitaran. Petang ni takde sorang makwe pun yang keluar bawak adik pergi taman permainan,gamaknya semua makwe sekarang ni lagi suka layan tivi kat rumah sambil lunjur kaki. Gua mengeluh hampa. Tengah gua ralit menenangkan fikiran,ada dua orang budak kecik dah buat hal tepi gua.

Budak dua orang ni gua syak kalau tak tadika mesti darjah satu. Kemain lagi tengah bergaduh mulut,sambil cekak-cekak pinggang dibuatnya..Gua masih kekalkan gaya duduk gua,kalau sampai berguling-guling baru gua ingat nak rejam dengan batu dua orang budak ni..


"Semalam ayah kita dapat ikan besar ni",kata budak botak baju biru sambil mendepangkan tangannya.

"Alaaa,ayah kita hari tu dapat ikan lagi besar,besar kereta",jawab budak baju oren taknak kalah.

Gua dah geleng-geleng kepala,ingatkan takde dah budak-budak main permainan "ayah siapa lagi power" ni.

"Ayah kita punya ikan lagi besar la,besar dunia!",balas budak botak baju biru sambil buat muka bengis. Gua dah mula rasa budak baju oren ni akan mengalami kekalahan. Tapi bila gua dengar apa yang dibalas budak baju oren ni,rokok gua sikit lagi nak terlepas ke tanah.

"Ikan ayah kita besar infiniti! Awak tak boleh lawan dah,kakak kita kata infiniti yang paling kuat sekali!",balas budak baju oren yakin. Gua dah start berdebor,bukan calang-calang budak baju oren ni rupanya. Pesen main kakak tapi kalau gua jadi budak botak baju biru ni gua tahu apa balasan paling power sekali nak guna. 

"Tak kisah,ikan ayah kita besar Tuhan. Boleh lawan,boleh lawan?",balas budak botak baju biru sambil naik ke atas papan gelongsor. Budak baju oren diam sambil air mata bergenang.



Sambil tersenyum,gua tahu budak botak baju biru ni akan jadi lelaki yang steady bila besar nanti..